Monday 17 October 2016

Perlindungan Tinggi dengan PRUBSN Warisan

Monday 17 October 2016,1:52 pm


Ketua keluarga biasanya mempunyai tanggungjawab terhadap komitmen bayaran rumah, kereta, perbelanjaan harian, perbelanjaan anak dan sebagainya.

TETAPI

Apa yang akan terjadi sekiranya ketua keluarga kita hilang upaya, tiada atau meninggal dunia? Bila hilang upaya atau meninggal dunia maksudnya tiada lagi ketua keluarga yang menyara kehidupan seharian. Siapa pula yang akan menanggung perbelanjaan? Sebagai ketua keluarga apa yang kita tinggalkan untuk keluarga yang tinggal? Hutang? Duit simpanan?

Perlu diingat, apabila meninggal dunia,
  1. Semua ASET dibekukan (akaun bank,kad kredit dan lain-lain aset)
  2. Keluarga mewarisi hutang si mati (Keluarga berpecah belah)
  3. Simpanan pendidikan anak-anak terganggu
  4. Perebutan harta pusaka (mengikut Faraid, si isteri hanya mewarisi 1/8 daripada harta dan sifat tamak menyebabkan perebutan harta pusaka di kalangan keluarga)
Walaubagaimanapun, dengan adanya HIBAH
  1. Penerima manfaat adalah penerima mutlak. Tidak perlu melalui proses Faraid
  2. Penggantian Pendapatan bagi belanja sara hidup keluarga dan boleh digunakan untuk melangsaikan hutang dan pendidikan anak-anak
  3. Aliran tunai segera/sara hidup keluarga sementara harta pusaka dalam proses pengagihan

Oleh yang demikian,PRUBSN Warisan adalah alternatif HIBAH TAKAFUL.


Antara manfaat PRUBSN Warisan adalah:
  1. Minimun Sum Covered adalah RM500,000.00 dan dibayar kepada penama hibah takaful. Maksimum  Sum Covered tiada had. Tidak perlu melalui pemeriksaan kesihatan bagi sum covered dari RM500,000- 2,000,000.
  2. Bagi TPD (Total Permanent Disability) pampasan lumpuh kekal, had kepada 4 juta. Jika pampasan kurang dari 1 juta, akan dibayar sekaligus. Jika pampasan lebih 1 juta, 1 juta akan diberi terlebih dahulu dan bakinya pada ulangtahun berlakunya lumpuh kekal.
  3. Dengan PRUBSN Warisan, ada manfaat tambahan (riders) iaitu Crisis Protector, Accidental Protector dan Contributor.
  4. Crisis Protector akan dibayar sekiranya berlaku penyakit kritikal dalam tempoh perlindungan dan tidak memberi kesan kepada pampasan kematian. Minimum Sum Covered adalah RM10,000 dan maksimum adalah 3 juta.
  5. Accidental Protector adalah  manfaat akibat kemalangan. Minimum adalah RM20,000 dan maksimum bawah 2 juta atau 5 kali daripada nilai pampasan kematian.
  6. Contributor pula sekiranya orang yang dilindungi mendapat menyakit kritikal, pelan ini akan berterusan sehingga maturity atau meninggal dunia.
  7. Benefit term (expiry age) adalah 70 atau 80 tahun.
  8. Contributor term (5,10,20 tahun atau full term).
PRUBSN Warisan adalah direka bagi memenuhi keperluan untuk meninggalkan warisan buat yang tersayang dalam bentuk HIBAH. Atas rasa tanggungjawab kita terhadap keluarga apabila kita telah tiada nanti, PRUBSN Warisan mampu mengurangkan beban yang ditanggung andai berlakunya musibah.


✔Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Suziana 012-6888 266
Nizam 012-7787 785
Takaful Consultant
IG: suebeleza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...