Sunday 4 October 2015

Pengecualian Kad Perubatan (Medical Card)

Sunday 4 October 2015,7:45 pm


Medical Card Takaful tidak melindungi sebarang kemasukan hospital, pembedahan atau caj-caj berkaitan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhannya atau sebahagiannya, dari mana-mana satu (1) kejadian berikut:

1. Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa.

2. Penyakit spesifik yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari yang pertama bagi perlindungan berterusan. 
    (a) Tekanan darah tinggi, kencing manis dan kardiovaskular 
    (b) Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari 
    (c) semua penyakit telinga , hidung (termasuk sinus) dan tekak  
    (d) Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele  
    (e) Endometriosis termasuk penyakit melibatkan pembiakan  
    (f) Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut.

3. Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari yang pertama dari tarikh perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula Orang Yang Dilindungi, yang mana terkemudian, kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.

4. Pembedahan kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata, lensa, Lasik dan penggunaan alat prostetik dan perubatan.

5. Penyakit-penyakit pergigian termasuk rawatan atau pembedahan oral pada gigi asli kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan.

6. Pembedahan eksperimen atau prosedur-prosedur elektif disebabkan oleh kecederaan akibat kemalangan, pembedahan atau penyakit.

7. Penjagaan peribadi, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, AIDS, HIV, semua penyakit kelamin yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.

8. Apa-apa rawatam atau pembedahan yang dijalankan untuk keadaan sejak lahir termasuk penyakit keturunan.

9. Rawatan atau prosedur yang berkaitan dengan mengandung atau bersalin dan komplikasi, jagaan pranatal atau postnatum kecuali semua yang dinyatakan dalam dokumen sijil dan keguguran, menggugurkan kandungan, apa-apa kaedah kawalan kelahiran kontraseptif, rawatan berkaitan ketaksuburan atau disfungsi erektif dan impoten.

10.Pemeriksaan perubatan rutin, kemasukan ke hospital terutamanya untuk tujuan siasatan/pengimejan diagnostik yang tidak berkaitan dengan hilang upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan, ubat atau pemeriksaan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan atau pencegahan secara amnya dan rawatan-rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan seperti sleeve gastrectomy.

11. Bunuh diri, percubaan membunuh diri atau kecederaan sendiri disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

12. Sebarang kecederaan atau penyakit yang disebabkan oleh sebarang tindakan peperangan, pelanggaran mana-mana atau cubaan melanggar undang-undang atau untuk menentang penangkapan, penyertaan secara langsung dalam rusuhan, mogok dan kekecohan awam.

13. Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear atau apa-apa bahan nuklear.

14. Belanja yang ditanggung oleh penderma atau orang yang dilindungi untuk menderma mana-mana  organ tubuh dan semua kos pemerolehan organ dan komplikasinya.

15. Siasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, rawatan untuk perpeluhan yang berlebihan, terapi penggantian hormon, sel induk, terapi oksigen hiperbarik, perundingan dan rawatan penjagaan kaki, khidmat kiropraktik, terapi aroma dan apa-apa rawatan pilihan yang lain.

16. Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh mana-mana pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang dilindungi di bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.

17. Psikiatrik, gangguan mental atau saraf dan keadaan yang disebabkan oleh penyakit nyanyuk.

18. Perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan termasuk dan tidak terhad kepada televisyen, telefon, perkhidmatan jalur lebar, bil elektrik, radio atau kit kemasukan kecuali semua yang dinyatakan dalam dokumen sijil.

19. Sakit atau kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan, sukan berbahaya, penerbangan udara selain daripada anak kapal atau penumpang yang membayar tambang, atau pesawat komersial berlesen yang membawa penumpang dan beroperasi pada laluan berjadual tetap.

20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar seks atau tranformasi jantina.

21. Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa tempoh menunggu.

22. Caj-caj yang tidak Berpatutan dan Biasa Diamalkan atau caj-caj yang ditanggung selepas Tarikh Tamat Tempoh.

Pengecualian dan had-had adalah tidak terhad kepada yang tertera di atas dan anda perlu merujuk dokumen sijil untuk maklumat lanjut.

Kawan anda semasa anda memerlukannya
Your friend when you most need

Anna   012-6888 266
Nizam 012-7787 785


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...